Dapat barang dalam keadaan rosak masa beli di Taobao dan Alibaba?

Dapat barang dalam keadaan rosak masa beli di Taobao dan Alibaba?

Punca-punca rosak

Kalau anda selalu atau pernah beli barang dari platfom online shopping seperti Taobao, Alibaba atau Tmall, pernah tak anda  rasa kecewa dengan keadaan barang bila sampai je semua nampak macam dah buruk atau lebih teruk lagi ada sampai barang yang diterima rosak/pecah. Situasi buruk yang mungkin anda hadapi ialah barang tidak diterima pada waktu yang dijanjikan seperti lewat 1 atau 2 minggu atau lebih lama dan syarikat logistik tak beritahu langsung sebab kenapa mereka lambat hantar barang.

Pernah tak tertanya-tanya kenapa masalah tu berlaku? Apa puncanya? setiap masalah pasti ada puncanya.


Setiap syarikat logistik mempunyai keadaan gudang yang berbeza.

Di pasaran logistik, sebilangan syarikat mempunyai dana yang cukup untuk menampung dan membeli rak letak barang yang besar, mesin canggih dan mampu besarkan ruang gudang untuk penyimpanan barang. Jika sesebuah syarikat boleh upgrade dari segi infrasturktur dan fasiliti sudah pasti dapat susun banyak barang yang besar/berat dan dijaga dalam keadan yang baik dan selamat. Walau bagaimanapun, tak semua syarikat mampu untuk naik taraf mungkin disebabkan dana tidak cukup jadi agak sukar untuk mereka mengendalikan barang sejumlah yang besar dan hanya pandai kendalikan barang yang kecil (bungkusan kecil) sahaja. Tetapi, untuk dapatkan lebih banyak dana, syarikat-syarikat ini akan terima sejumlah barang besar untuk naikkan penjualan mereka. Kesannya bila barang dah sampai dekat tangan pelanggan nanti bungkusan barang itu dah rosak atau lebih buruk lagi barang rosak. 


Beberapa syarikat logistik menggunakan perkhidmatan courier untuk penghantaran ketika barang tiba di Malaysia.

Ada sesetengah syarikat logistik menggunakan perkhidmatan penghantaran barang (courier) seperti Skynet, Gdex atau Apex jika barang dari Cina telah samapi di Malaysia untuk jimatkan kos.  Beberapa courier dapat menguruskan barang dengan sangat baik dan keadaan barang masih elok bila sampai di tangan customer. Tetapi ada juga syarikat courier yang tidak bertanggungjawab bila dapat barang yang banyak. Sesetengah pekerja daripada syarikat courier ini jenis baling barang dan sumbat barang selagi muat selagi tu dia akan sumbat. Tak fikir dah barang itu jenis mudah pecah ataupun tidak. Bila barang sampai dekat tangan customer dalam keadaan yang buruk, rosak atau pecah, mereka tidak buat aduan itu pada perkhidmatan courier tersebut tapi mereka akan buat aduan dan tidak berpuas hati dengan syarikat logistik.

Oleh itu, pemilihan syarikat logistik dan perkhidmatan courier yang bagus amat penting untuk penghantaran barang dari Taobao, Alibaba, Tmall atau pembekal China yang lain.


Jadi, macam mana nak menyelesaikan masalah ini?

  • Anda perlu maklumkan pada syarikat logistik untuk gunakan pallet atau wooden cart semasa barang anda masuk ke gudang. Dengan cara ini forklift (trak angkat susun) dapat mengangkat dan bawa barang anda dengan mudah dan mengelakkan barang anda rosak.
  • Syarikat perkapalan komersial (Commercial Shipping) lebih bagus dalam mengendalikan bungkusan yang besar/berat berbanding Taobao Shipping. Taobao Shipping ini lebih kepada bungkusan yang kecil. Selalunya Commercial Shipping ini ada peralatan (equipment) yang lebih efisien dalam mengendalikan barang yang besar/berat di gudang mereka dan cara mereka bekerja lebih sistematik untuk elakkan berlaku kerosakkan pada barang cutomers. Di Malaysia, commercial shipping company selalunya ada trak sendiri yang besar untuk hantar barang dalam jumlah yang besar.

Sebelum itu, jika anda belum lagi menfatar akaun, sila klik – Daftar Akaun Anda boleh menggunakan perkhidmatan kami pada masa akan datang