TIPS PILIH SELLER DI 1688

Online Shopping ini tidak asing lagi pada masyarakat tetapi tidak semua orang tahu tentang security system yang ada pada setiap website online shopping ni. Selalu sangat kita dengar orang kena scam dan tak tahu macam mana nak identify yang mana satu seller yang boleh trusted. 

Kalau untuk orang yang masih berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ni perlu mencari trusted supplier. Untuk orang yang belum familiar lagi dengan selok-belok website 1688 ni, mesti tak tahu sangat tentang security system ni. 

Jadi, macam mana untuk beginner buyer ni nak bezakan yang mana authentic seller?

Di platform Taobao ni sebenarnya ada security system yang tersendiri untuk memudahkan pembeli di seluruh negara identify trusted seller. Kelebihan website 1688 ni lebih fokus pada B2B dimana tertumpu pada pembelian secara borong. Jadi, mudah untuk kita pengimport barang yang gunakan platform e-commerce 1688  nak beli barang tanpa rasa ragu-ragu

 

Bagaimana nak bezakan yang mana satu perniagaan authentic di 1688?

Kami akan explain dan tunjukkan pada anda macam mana nak identify dan mencaru trusted seller yang betul di platform 1688. Anda tak perlu risau dan senang untuk anda tidak ditipu.

Tips ini sesuai untuk pemula yang masih berjinak-jinak nak gunakan platform 1688 ni. Berikut merupakan tips ang anda perlu tahu sebelum start pilih seller

1. Ada logo Bull's Head di laman seller

Powerful Merchant Logo

Jika anda nampak ada logo Bull’s Head yang berwarna merah itu, bermakna seller itu merupakan powerful merchants. Itu adalah salah satu bukti yang boleh ditunjukkan untuk customer tahu. Tidak semua seller akan dapat Logo Bull’s Head tu dengan mudah kerana untuk mendapatkan logo Bull’s Head itu, setiap merchants tu perlu ada 3 kriteria  berikut :

  • Sumber pembuatan (Source Manufacturers): perusahaan itu telah mendaftarkan jumlah modal (capital) lebih dari 500,000 Yuan (atau bersamaan dengan matawang asing) atau mempunyai kilang seluas melebihi 500 meter persegi.
  • ‘Flagship Store’ rasmi : perusahaan itu telah mendaftarkan jumlah modal (capital) lebih dari 300,000 Yuan (atau bersamaan dengan matawang asing) atau mempunyai kilang seluas melebihi 500 meter persegi.
  • Jenama Kedai (Brand Store) :  perusahaan itu telah mendaftarkan jumlah modal (capital) lebih dari 300,000 Yuan (atau bersamaan dengan matawang asing).

Ketegori jenis perniagaan yang lain juga perlu mempunyai kriteria yang sama untuk dapatkan qulification untuk ‘Powerful Merchant’. Kita boleh gunakan logo ini untuk pilih seller yang boleh dipercayai.

Sebagai buyer, di home page website 1688 kita boleh direct klik dekat produk yang berkualiti (excellent products  (实力优品)  seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah yang berwarna biru itu dimana anda akan mengetahui lebih terperinci classification page tersebut.

 

阿里巴巴页面-实力优品引导

Kita boleh pilih kategori secara random pada produk yang berkaitan dengan pilihan buyer.

 

Alibaba Website- Different Category

Dekat page situ, anda akan lihat setiap seller yang mempunyai logo Bull’s Head. Kaedah dan cara ini dapat bantu dan jimatkan masa anda untuk cari trusted seller.

2. Mempunyai ‘Integrity Pass’

 诚信商标

Setiap perusahaan/perniagaan akan ada logo atau tanda seperti di atas dan selalunya kitab oleh lihat dan tahu berapa tahun perniagaan itu sudah beroperasi. Contoh rajah di atas tulis 12 dan bermakna perniagaan itu sudah beroperasi selama 12 tahun tetapi ia tidak menjamin kualiti produk ye. Cuma, ia beri jaminan operasi perniagaan dan meyakinkan pembeli bahawa perniagaan itu masih kekal dan dan berjalan. Untuk mendapatkan ‘Integrity Pass’ itu, mereka perlu mendapatkan lesen perniagaan dan membayar yuran tahunan sebanyak 6,688 Yuan dan mereka boleh upgrade tahun operasi mereka.

3. Ada komen/feedback dari ramai customer

Jika kita pilih produk, kita boleh lihat terdapat perincian tentang produk daripada saiz, berat, jenis material, warna dan lain lain. Anda perlu scroll bawah sikit dan boleh lihat berapa ramai orang yang telah beli produk mereka dan juga boleh lihat ruangan komen/feedback dari customer. Selalunya kita akan lebih yakin bila ada orang lain bagi feedback yang positif dan ada juga yang negative. Dengan membaca komen dari customer lain itu juga salah satu cara kalau nak tahu kualiti produk. 

Alibaba Website- The details of the product
Alibaba Website- Customer Feedback

Di atas adalah tips yang kami boleh tunjukkan dengan terperinci untuk menilai kebolehpercayaan barangan. Ringkasnya, barangan berkualiti tinggi perlu melihat aspek perniagaan yang besar, pemeriksaan perusahaan yang mendalam, ukuran syarikat, tahun integriti dan komen pelanggan lain.