3 Istilah Import yang perlu diketahui

3 Istilah Import yang perlu diketahui

Kalau nak import barang dari luar ni kita perlu tahu prosesnya dan setiap proses itu ada istilah yang tersendiri. Selalunya pengimport terbiasa dengan istilah import ni sebab dia selalu dah beli tapi kalau yang baru tahu dan baru nak mula import barang ni mesti tak berapa familiar dengan terms yang digunakan dalam sistem, terms yang digunakan supplier cina. Jadi, kalau anda bertanya dengan pihak perkhidmatan pelanggan pun mereka akan gunakan istilah import jadi untuk elakkan anda keliru….di blog ini saya akan menerangkan 3 istilah import iaitu EXW (Ex-Work), FOB dan CNF/CIF.

EXW (EX-Work)

Istilah Import- Ex Work

Skop kerja EXW ini akan bermula dari pembekal China dan seterusnya sehingga sampai depan pintu rumah anda. Ringkasnya, EXW ini menguruskan prosedur untuk anda. Anda hanya perlu order dengan pembekal cina dan kemudia hantarkan alamat china dimana pemebekal china berada. EXW ini akan load dan pick up barang anda di kilang pembekal cina anda, menguruskan custome clearance dan cukai kedua-dua negara, uruskan pengangkutan dan terus delivery barang anda sampai depan pintu.

FOB

Istilah Import- FOB

Skop tugas FOB ini perlu bermula dari pelabuhan China dan seterusnya ke depan pintu rumah anda. Pembekal china akan menghantar berang anda ke salah satu pelabuhan di China. FOB akan mengatur shipment untuk mengangkut barang anda, menyelesaikan masalah pelepasan cukai, menguruskan pengangkutan dan kemudian deliver sampai depan rumah anda.

CNF/CIF

Istilah Import- CNF/CIF

Skop tugasan CNF/CIF pula menguruskan barang anda dari Malaysia sehingga depan pintu rumah anda. Pembekal China anda akan menghantar barang ke pelabuhan Malaysia sendiri. Apabila barang anda tiba di pelabuhan Malaysia, CNF/CIF akan menguruskan pelepasan cukai di Malaysia, mengatur pengangkutan dan deliver hingga depan pintu rumah anda dengan selamat.

Jadi sekarang anda dah tahu istilah import yang biasa digunakan syarikat logsitik . Lepasni, anda tak perlu takut bila nampak istilah ni digunakan dan lebih mudah untuk memahami semasa anda berkomunikasi dengan syarikat logistik. Proses import anda akan lebih berjalan dengan lancar.

Jika anda berminat menyertai perkhidmatan logistik syarikat kami, anda boleh terus klik 【Daftar Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *