Kaedah pengiraan kargo logistik

Setiap kali nak beli barang dengan supplier cina mesti ada yang tak berapa faham and tahu bagaimana nak kira berat barang tu. Sebenarnya, berat barang ni pun sangat penting bila anda nak pilih kaedah shipping Sea Shipping atau Air Shipping. Kami selalunya akan bantu anda consult cara mengira berat barang yang anda nak import tu. Jadi, kali ini kami bantu nak tunjukkan pada anda kaedah pengiraan yang betul.

 

Berat Sebenar (Actual Weight) :

Pengiraannya adalah dengan mengambil berat sebenar barang itu dan bukannya berat isi padu. Contoh, barang anda satu kotak itu adalah 10KG jadi itu lah berat yang akan diambil bukannya tinggi lebar barang itu. Oleh itu, kos penghantaran akan dikira berdasarkan berat sebenar barang.

pengiraan kargo logistik

Contohnya: berat sebenar barang anda ialah 10kg,

manakala berat isi padu barang anda ialah: L50cm x W50cm x H50cm ÷ 6000 = 20.83kg (20.83kg dibulatkan hingga 21kg)

Dengan syarat mereka tidak memberikan pilihan “Actual Weight”, mereka akan mengenakan shipping fee sebanyak 21kg kepada anda.

Sekiranya pilihan diberi “Actual Wright”, maka anda akan dikenakan shipping fee sebanyak 10kg kepada anda.

 

Berat Purata (Average Weight)

Shipping fee akan dikira berdasarkan purata antara berat sebenar dan berat volumetric (volumetric weight ) barang

Contohnya: berat sebenar barang anda ialah 10kg ,

manakala berat isi padu barang anda ialah: L50cm x W50cm x H50cm ÷ 6000 = 20.83kg (20.83kg akan rounded hingga 21kg)

Oleh itu, berat purata adalah:

(10kg + 21kg) ÷ 2 = 15.5kg (15.5kg dibulatkan hingga 16kg)

Formula

Berat Purata = (Berat Sebenar + Berat Volumetrik)  ÷ 2 

Dengan syarat mereka tidak memberikan pilihan “Volumetric Weight”, mereka akan mengenakan shipping fee 23kg kepada anda.

Sekiranya mereka memberikan pilihan “Volumetric Weight”, mereka akan mengenakan shipping fee sebanyak 16kg kepada anda.

Berat Volumetrik (Volumetric Weight)

Pengiraan ini mengambil berat barang yang paling berat antara berat sebenar dan berat volumetrik.

Contoh Berat Volumetrik (Volumetric Weight)

Contohnya: berat sebenar barang anda ialah 10kg ,

manakala berat isi padu barang anda ialah: L50cm x W50cm x H50cm ÷ 6000 = 20.83kg (20.83kg dibulatkan hingga 21kg)

Formula

Berat Volumetrik = L x W x H ÷ 6000

Dengan syarat mereka tidak memberikan pilihan “Volumetric Volume”, mereka akan mengenakan yuran penghantaran sebanyak 10kg kepada anda.

Sekiranya mereka memberikan pilihan “Volumetric Volume”, mereka akan mengenakan yuran penghantaran sebanyak 21kg kepada anda

Meter kubik (Cubic Meter) m³

Ia dikira berdasarkan unit isi padu cube dengan sisi tepi sepanjang satu meter. Secara amnya, satu meter di setiap sisi sama dengan satu meter padu.

Meter kubik (Cubic Meter) m³: Kaedah pengiraan kargo logistik

Walaupun begitu, 1CBM cubic meter dapat menampung berat maksimum 500kg. Ia sering digunakan sebagai kaedah pengiraan untuk sea freight yang besar.

Jadi berapa satu meter padu ?

Untuk menunjukkan, meter padu 1CBM sama dengan 1M x 1M x 1M.

Formula

CBM = L (M) x W (M) x H (M)

Berat Sebenar (Actual Weight) Berat Volumetrik (Volumetric Weight) Berat Purata(Average Weight) Meter kubik (CBM)
Penerangan Hitungkan berat sebenar Hitungkan yang paling berat antara berat sebenar dan berat isi padu Hitung berat purata apabila volumetric weight lebih berat daripada berat sebenar Hitungkan pada meter padu
Kaedah pengiraan Ukur berat sebenar (LXWXH) / 6000 = Berat Volumetrik (Berat Sebenar + Berat Volumetrik) / 2 L (M) XW (M) XH (M) = m³
Biasa digunakan di Air freight, Sea freight small parcel Air freight, Sea freight small parcel Air freight, Sea freight small parcel Sea freight large parcel

Secara keseluruhan, saya harap anda faham mengenai kaedah pengukuran logistic cargo. Tapi anda perlu tahu tak semua syarikat logistic menggunakan kaedah pengiraan yang sama (mengikut keadaan). Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah pengiraan kargo, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami.

😊 Untuk maklumat lebih anjut anda boleh mendaftar akaun anda – Daftar Akaun

Parcel consolidation 👉🏻 CIEF Lite

Sea freight large parcel 👉🏻 CIEF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *