Bagaimana pengimport di China menguruskan pelepasan Kastam?

Sebagai pengimport barang di luar negara kita takkan lari dengan proses kastam kerana setiap negara ada undang-undangnya. Adakah pengimport Malaysia pernah rasa pelepasan kastam di China di agak rumit? kebanyakkan pengimport dari Malaysia akan guna atau upah syarikat logistik penghantaran barang untuk uruskan pelepasan kastam.  Ada susah jugak kalau kita jenis yang tak faham bila berhubung so nanti akn berlaku masalah communication barriers.. Bila ada masalah komunikasi mestilah akan susahkan proses import barang anda. Oleh itu, pengimport Malaysia harus tahu tentang proses pelepasan kastam di China.

Banyak pengimport selalu jumpa istilah import profesional “EXW” (Exwork). Kami ada jelaskan tentang istilah import di blog kami sebelum ini 3 Istilah Import yang perlu diketahui di CIEF. Sebagai contoh, EXW bermaksud pembekal China hanya bertanggungjawab untuk packing barang anda, sementara anda harus mengendalikan proses import yang lain. Bermula dari mengambil barang anda dari gudang pembekal China sehingga barang anda dibawa masuk  ke dalam contena dan dihantar untuk pelepasan kastam. Adakah anda masih keliru tentang prosedur pelepasan kastam? Hari ini, kami akan menerangkan proses dan dokumen yang diperlukan untuk pelepasan kastam di China secara terperinci!

Bagaimana pengimport di China menguruskan pelepasan Kastam?

Pengesahan dokumen untuk pelepasan

Perkara pertama yang perlu dilakukan sangat penting tapi agak rumit iaitu menyediakan dokumen untuk pelepasan kastam. Berikut adalah dokumen yang diperlukan:

  1. Kontrak pembelian (Purchase contract)
  2. Inovois pembelian (Purchase Invoice)
  3. Senarai barang (Packing list of goods)
  4. Senarai kargo 
  5. Muatan bil (Bill of Lading)
  6. Pengesahan perjanjian kebenaran untuk agensi pelepasan kastam ( Authorization agreement for custom declaration agency)
  7. Lesen Import dan Eksport
  8. Dokumen lain berkaitan yang diperlukan oleh General Administration of Customs (GAC)

Dokumen di atas mesti dinyatakan dengan jujur, dan anda mesti mengisi maklumat dengan teliti dan pastikan betul, untuk mengelakkankena reject semasa proses pengesahan.

Barang tiba di kastam

Langkah seterusnya adalah mengambil barang anda dari gudang pembekal China, memasukkannya ke dalam kontena, dan mengirimkannya ke kastam China untuk pengesahan. Setelah barang anda tiba di pusat kastam, proses pengesahan dokumen maklumat tentang barang dan maklumat peribadi anda akan dimulakan.

Imbasan kargo (Cargo Scanning)

Pada tahap ini, selalunya mereka akan scan barang anda dengan gunakan sinar-X pada setiap bungkusan, dan ada juga mereka akan keluarkan beberapa barang untuk diperiksa jika perlu. Pihak kastam  berhak memeriksa barang anda, membuat pemeriksaan ulang atau mengambil sampel dari barang anda. Penerima atau pengirim mesti kena ada ketika barang diminta untuk dibuka untuk tujuan pemeriksaan. Sekiranya kedua-duanya tidak ada semasa pemeriksaan, ejen yang menguruskan barang anda boleh bertindak sebagai wakil dan memikul tanggungjawab yang sama.

Penghantaran kargo

Setelah dokumen semua dah disahkan, barang tidak berkaitan dengan cukai dan barang yang tidak perlukan pemeriksaan terbuka, akan dilepaskan kepada penghantaran kargo. Perlu diingat bahawa jangka masa keseluruhan proses pengesahan daripada kastam ini bergantung pada keadaan.

Akhir kata

Adakah anda sudah faham tentang proses cara pengendalian kastam ni? Dari sini anda boleh lihat betapa pentingnya syarikat logisitk ini untuk prosrs import barang ni.  Jadi anda perlu bijak memilih syarikat yang betul-betul boleh menguruskan proses import barang anda dan yang boleh dipercayai kerana syarikat logistik yang professional betul-betul akan menangani masalah yang berkaitan dengan pelepasan kastam. Syarikat kami CIEF Worldwide Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan agensi profesional untuk menangani pelepasan kastam dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Kami akan memastikan anda akan melalui proses import dengan lancar dan mudah.

Klik pada pautan sekarang untuk Daftar Akaun

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *