Ada masalah nak buat payment di 1688?

Selalunya masalah ini berlaku dekat pembeli luar dari China kalau nak beli barang dalam kuantiti yang banyak dan besar. Tapi kelemahan sistem pembayaran Alipay ni tak boleh transfer dalam jumlah besar so pemborong-pemborong ni memang akan berdepan dengan masalah ni.

So apa penyelesaian masalah ni? Untuk pengguna komersial akan berdepan masalah pembayaran dengan Alipay so ada tak kaedah lain untuk buat payment? Ye, Ada!! anda boleh gunakan kaedah “bank transfer”. Kalau anda ada beli barang dekat 1688 anda akan nampak option “bank transfer” dekat situ

Page ini akan muncul apabila anda memilih “Bank Transfer” dan sistem akan memberikan masa lebih kurang 5 hari untuk kita melakukan transfer bank.

Tetapi dalam prosesnya, masih ada masalah yang harus diselesaikan, iaitu masalah kadar pertukaran. So, macam mana nak dapatkan nilai kadar pertukaran ke RMB dengan tepat yang kita perlukan? CIEF ada jalan penyelesaian untuk masalah tu dengan menggunakan sistem kadar pertukaran kami iaitu Exchange System 2.0

Kalau anda belum daftar akaun, anda boleh klik di sini- Daftar Akaun

Selepas anda dah log in, sistem akan automatik tanya anda berapa banyak RMB yang anda perlukan, dan anda perlu isi ‘Identity Verification’

Sistem akan paparkan halaman seterusnya

Anda boleh copy maklumat seller dari 1688 tapi ada beberapa perkara anda kena take note sebelum isi:

  1. Bahagian Bank option anda perlu isi : Zhejiang Netcom Bank
  2. Untuk Branch/branch/Sub-branch anda perlu isi : Zhejiang Hangzhou Zhejiang Network Bank Co., Ltd.
  3. Kalau anda tersilap isi maklumat berikut, duit anda akan dipulangkan.

Kemudian, anda perlu ikut semua langkah Exchange System 2.0 itu sehingga anda dapat lihat muat naik bank slip Malaysia.

Selepas semua langkah anda dah selesai, Exchange System 2.0 akan melakukan proses pemindahan wang tersebut (waktu hari bekerja). Dalam proses ini, anda tak perlu buat apa-apa. dekat sistem Exchange System nanti akan automatik ada tulis “Complete” maksudnya supplie anda dah dapat dah payment tu.

Macam mana pula kalau dekat website tu takde pilihan “bank transfer”? hmm…

Kalau dekat page seller tu takde option “bank transfer” maknanya seller tu belum lagi aktifkan function tu. Ada cara lain jugak…cuma kalau cara ni depends dekat seller tu jugak la kalau dia nak layan atau tak..

tapi tak boleh jamin seller dapat buat atau tak untuk anda sebab maybe dia akan tengok jumlah barang anda tu banyak ke tak, transfer payment anda tu banyak ke tak.

Kalau cara yang tu tak jalan ada lagi ke cara lain yang lagi mudah? Jangan risau, kami masih ada cara lain untuk anda🤗 kalau anda jenis memang selalu borong barang dari supplier china ni, kalau boleh anda kena ada account WeChat sebab lagi senang anda nak hubungi direct dengan supplier. Nak add siapa dekat WeChat ni kalau supplier takde bagi pilihan “bank transfer” ?  Kami memperkenalkan partner Alipay kami yang boleh dipercayai. Anda perlu Add “nick2756” di Wechat dan dia akan membantu anda dalam membuat pembayaran dan juga perkhidmatan invois 💯

Akhir sekali, suka nak ingatkan anda  kami CIEF Worldwide Sdn Bhd merupakan syarikat commercial shipping bahawa yang dapat memberikan perkhidmatan berkualiti dan terbaik kepada anda, iaitu Shipping, Pembayaran, dan Invois.

Untuk tahu lebih lanjut tentang cara pembelian di 1688.com ni, anda boleh klik pada [ Cara Online Shopping di 1688  ]

Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah , anda boleh bertanya dengan pihak khidmat pelanggan kami

Sebelum itu, jika anda belum mendaftarkan akaun. Sila klik – Daftar Akaun. Anda boleh menggunakan perkhidmatan kami bila-bila masa.💁 

Leave a Reply

Your email address will not be published.