3 Perbezaan Taobao dan 1688

Kedua-dua Taobao dan 1688.com berada di payung syarikat yang sama iaitu Alibaba. Tapi kenapa ada dua platform? kenapa tak sekali dalam satu platform je?

Anda tahu tak sebenarnya Taobao dengan 1688 ada perbezaannya. Kedua-duanya memang online platform dari cina tapi ada beberapa perbezaan. Yang mana satu sesuai untuk pemborong, nak borong banyak dalam kuantiti sikit atau terus borong banyak-banyak? yang mana lagi murah and sesuai untuk beli barang dalam kuantiti 1 2 macam tu? Di blog ini kami akan terangkan pada anda perbezaannya.

Platform model e-commerce yang berbeza.

Taobao or 1688

Kalau nak tahu Model 1688.com ni lebih kepada B2B (Business to Business) maksudnya sesuai untuk peniaga atau bisnes yang besar-besar. Lebih tertumpu pada penjual dan pembeli. Selalunya seller yang beli dekat 1688.com ni akan beli barang/borong dalam kuantiti yang sangat banyak.

Model Taobao pula lebih tertumpu kepada C2C (Consumer to Consumer) kerana kedua-dua penjual dan pembeli Taobao adalah individu. So, kalau nak beli barang dalam kuantiti sikit atau nak bisnes kecil-kecilan ni boleh la guna platform Taobao. Tapi sekarang Taobao juga ada model B2C (Business to Consumer)  iaitu Tobao Mall.

Kaedah penjualan yang berbeza

Taobao OR 1688

Kaedah utama yang digunakan Taobao adalah runcit kerana kebanyakan pembeli membeli barang dalam jumlah yang lebih kecil dan untuk kegunaan peribadi tetapi 1688 adalah untuk beli secara pukal dan lebih sesuai untuk pembeli komersial atau borong.

Harga

Taobao OR 1688

Betul ke harga barang dekat 1688 ni lebih murah berbanding Taobao? YE BETUL! Tapi macam mana boleh beza harga? Padahal barang yang dijual sama je? Ha…kalau nak tahu selalunya seller dari Taobao ni akan beli barang mereka dari 1688 dan jual semula. So, kalau kita bisnes pun memang nak cari modal yang sikit kan? So, sebab tu harga barang dekat 1688 lebih murah.

Jadi sekarang anda tahu lah kan perbezaan Taobao dengan 1688. Mudah untuk anda nak beli barang tak perlu dah pening-pening confuse ye 😁

Sebelum itu, jika anda belum mendaftar akaun. Sila Klik – Daftar Akaun . Anda boleh menggunakan perkhidmatan kami pada masa akan datang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *