Apa itu Invois dan Borang K1?

Anda tahu tak pasal Borang K1 (K1 Form)? Tahu tak macam mana nak dapatkan invois untuk buat akaun anda? Kalau anda belum lagi tahu pasal k1 Form dengan Invois ni kami akan terangkan pada anda.

Borang K1 (K1 Form)

Sebab memerlukan borang K1

Penggunaan K1 Form ini adalah sebagai rujukan kastam untuk memeriksa barang yang anda import. Kenapa kena buat K1 Form ni? Sebabnya kadang-kadang barang yang anda import tu mungkin akan bercampur dengan barang import orang lain. Jadi, kalau ada K1 Form ni, barang anda senang nak cari dan tidak lah tercampur dengan orang lain.

Kenapa ada orang tulis nama mereka di bahagian penerima? Sebabnya itu untuk kegunaan perakaunan tetapi anda tak perlu buat pun kalau anda ada gunakan servis penghantaran komersial yang professional seperti CIEF yang akan bantu anda. Kami boleh boleh menydediakan dan memberikan invois kepada anda jika anda menggunakan perkhidmatan Exchange System kami.

Invois

Shipping agent membantu dalam menyediakan invois

Seperti yang kami telah maklum pada anda, kami boleh sediakan invois untuk anda, tapi dengan cara yang macam mana kami boleh bantu anda dengan invois? Kami akan buat dengan menggunakan model ajen. Apa fungsi Model Ejen ni? Model ejen penghantaran (Shipping Agent Model) ni berfungsi untuk melakukan penghantaran yang melibatkan transaksi antara pengimport dan pembekal China. Dan kami merupakan “Shipping agent” untuk bantu dalam menyediakan invois untuk anda.

Pengimport – anda sendiri

Shipping Agent – syarikat kami CIEF

Maksudnya, pengimport akan buat transaksi dengan Shipping Agent. Jadi, shipping agent ni akan bantu anda convert duit yang anda dalam RMB dan transfer duit anda terus ke supplier cina. Dan supplier dari cina akan mula start shipping barang anda dan shipping agent akan bantu uruskan invois anda juga.

Ejen Penghantaran (Shipping Agent)

Terdapat 3 cara untuk menggunakan ejen penghantaran ni.

1. Pembekal akan minta anda buat pembayaran terlebih dahulu sebelum mereka buat penghantaran.

Ini kerana pengimport perlu membayar terlebih dahulu wang ringgit kepada shipping agent. Kemudian, shipping agent akan bantu anda buat payment kepada supplier cina. Setelah supplier cina prepare barang anda, shipping agent akan hantar barang ke pengimport dan kemudian akan memberikan invois kepada pengimport. Secara umumnya, tarikh invois tu dapat ditetapkan dengan syarat, anda boleh pilih tarikh pembayaran atau tarikh barang anda sampai.

Pembekal akan minta anda buat pembayaran terlebih dahulu sebelum mereka buat penghantaran.

2. Supplier boleh menghantar barang anda terlebih dahulu dan buat bayaran kemudian.

Keadaan ini jarang berlaku. Dalam kes ini, pembekal akan menghantar barang terlebih dahulu kepada pengimport melalui shipping agent, kemudian shipping agent akan bagi invois kepada pengimport. Selepas itu, pengimport akan buat pembayaran beberapa hari kemudian.

Supplier boleh menghantar barang anda terlebih dahulu dan buat bayaran kemudian.

3. Membuat akaun bank China.

Kalau anda faham cara 1 dan 2, sebenarnya anda juga boleh buat sesuatu yang lain dimana ia lebih fleksibel. Caranya ialah dengan menyediakan akaun bank dari China dan anda sendiri yang akan menguruskan akaun tersebut. Oleh itu, anda boleh buat pembayaran transfer duit semua dengan mudah kepada supplier anda.

Pertama – anda boleh memindahkan wang tersebut kepada shipping agent.

Kedua – Kemudian, shipping agent akan membantu anda covert duit anda menjadi RMB dan memindahkan wang ke akaun bank China anda.

Ketiga – Akhir sekali, anda boleh membuat pembayaran dengan mudah kepada pembekal yang berbeza melalui akaun bank China.

Membuat akaun bank China.

Anda ingin tahu lebih lanjut tentang cara nak buat pesanan dan buat pembayaran kepada supplier cina?

Saya akan terangkan dengan ringkas:

Langkah 1 : Order barang anda dekat mana-mana platfom online shopping seperti 1688 atau Taobao.

Langkah 2 : Anda melakukan transaksi ke syarikat kami CIEF dalam RM, maka syarikat kami akan bantu akan convert menukar mejadi RMB dan kemudian kami akan transfer kepada supplier cina.

Langkah 3 : Setelah supplier dah terima payment anda, supplier akan mula prepare shipping barang anda dan bawa ke gudang kami.

Langkah 4 : Syarikat kami akan bantu hantar barang anda ke Malaysia dengan selamat dan hantar barang anda terus sampai depan pintu rumah anda.

Jika anda menggunkan perkhidmatan Exchange System kami, maka anda boleh melakukan semua langkah di atas dengan mudah je!! Anda boleh klik untuk tahu lebih lanjut. –Exchange System

Sebelum itu, jika anda belum mendaftar akaun. Sila Klik – Daftar Akaun. Anda boleh menggunakan perkhidmatan kami pada masa akan datang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *