11 Tips untuk elakkan barang anda rosak semasa shipping

Kalau kita import barang dari luar negara ni kita kena tahu perjalanan dan proses penghantaran ni bukan sekejap dan akan ambik masa yang agak lama (bergantung kepada perkhidmatan dan workflow). Bila barang kita ni banyak transit bila shipping ni kita kena faham la keadaan barang bila sampai dekat tangan kita tu baik atau ada yang rosak. Barang ada yang pecah, packaging dah hancur la banyak lagi. Tapi masalah ni sebenarnya boleh dielakkan.

Kekerasan dan ketebalan kotak

Lebih tebal dan keras kotak tu, lebih baik. Tapi ramai supplier yang tak peka pun pasal kotak ni. Supplier patut guna kotak yang lebih keras untuk jaminan baang dalam kotak tu selamat masa proses shipping yang jauh dan lama.

Ruang kosong yang terlalu banyak

Supplier perlu pastikan masa packing barang dalam kotak, barang tu takde extra space yang banyak. Selagi boleh manpatkan barang, lebih bagus. Risiko barang untuk rosak pun kurang. Supplier boleh guna bubble sheet, polystrene support untuk protect barang tu mudah pecah/rosak.

H-shape sealing

Selalu tengok tu orang seal kotak dan barang tu terkeluar dari kotak dan hilang bila shipping. Puncanya adalah supplier tak seal barang anda tu dengan betul. Septutnya mereka kena seal haedan H-shape sealing macam gambar dibawah.

Fragile logo

Fragile logo ni sangat penting bila shipping barang yang mudah pecah ni. Tapi ramai yang tak tahu cara betul tampal stiker Fragile logo ni. Cara yang betul seperti gambar di bawah.

Pallet

Supplier kena sela pallet untuk barang yang besar san berat sebab lebih senang dan mudah untuk forklift angkat barang. Kalau pakai forkift ni lebih efisien and barang tak mudah jatuh. Berbanding kalau manusia yang angkat barang yang berat, macam-macam boleh berlaku.

Susunan barang

Kadang-kadang ada juga punca barang tu terjatuh semasa shipping adalah kerana barang tu tak disusun dengan betul. Barang kena susun ikut saiz, dan susun atas pallet dengan teratur. Barang atas pallet tu perlu ngam-ngam je, tak boleh lebih.

Overload pallet

Barang yang telalu besar dan banyak pun tak boleh letak atas pallet sebab akan jadi masalah overload dekat pallet. Bahaya untuk forklift angkat.

Seal pallet dengan betul

Pallet tu kena seal dan fix dengan getah elastic dan platik yang transparent untuk pastikan barang tak hilang. dan untuk elakkan barang/kotak basah terkena air.

Cylinder-shape goods

Barang yang telebih beban atau berbentuk silinder perlu dipasang di palet seperti yang ditunjukkan di bawah

Wooden box sealing

Ada dua jenis wooden box seling, yang pertama jenis tertutup dan kedua jenis yang terbuka. Wooden box yang tertutup sangat sesuai untuk barang yang jenis mudah pecah.

Barang yang bermacam bentuk

Barang machine yang jenis takde bentuk yang tetap dan selalunya normal seal agak bahaya untuk barang yang takde saiz tetap ni. Machine kan banyak jenis bentuk, jadi nak elakkan barang tu terkeluar dari kotak atau rosak, supplier perlu seal kotak ikut bentuk dan jenis barang.

 

Akhir kata

Pembelian atau import dari China bermanfaat bagi rakyat Malaysia kerana bahasa mandarin adalah bahasa umum bagi kedua-dua negara. Kadang kala, pembekal mungkin salah faham dan menganggap barang itu sebagai penghantaran domestik dan tak ambil berat tentang keselamatan barang dan pembungkusan yang betul. Oleh itu, prosedur pembungkusan yang betul untuk penghantaran jarak jauh sangat penting  kepada pembekal untuk memastikan barang dihantar dalam keadaan baik.

Biasanya supplier akan mengenakan bayaran kepada pelanggan jika barang tu perlukan seal dan pallet, kotak kayu:

Pallet sealing – RMB 50 – RMB 100 (Bergantung pada kualiti pallet)

Wooden box sealing- RMB 100 – RMB500 (Bergantung pada saiz barang)

Akhir sekali, suka nak ingatkan anda  kami CIEF Worldwide Sdn Bhd merupakan syarikat commercial shipping bahawa yang dapat memberikan perkhidmatan berkualiti dan terbaik kepada anda, iaitu Shipping, Pembayaran, dan Invois.

Sebelum itu, jika anda belum mendaftarkan akaun. Sila klik – Daftar Akaun. Anda boleh menggunakan perkhidmatan kami bila-bila masa.💁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *