Penghantaran Taobao VS Penghantaran Komersial

Perbezaan Taobao Shipping dengan Commercial Shipping

Kehidupan kita ini semakin hari semakin bertambah penggunaan internet. Penggunaan internet dah makin meluas. Semakin ramai orang menggunakan internet, semakin meluas lah platform e-commerce ni. Sekarang rasanya hampir semua barang yang kita beli datangnya dari China dan orang sekarang kalau nak bisnes pun banyak beli barang dengan supplier dekat platfom macam Taobao. Supplier dekat Malaysia pun ada yang import dari China. Orang akan import barang dengan jumlah yang besar dari China ke Malaysia.

Tapi tak semua orang tahu sebenarnya kedua-dua jenis shipping ni ada perbezaan. Ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kalau beli barang dekat Taobao mesti pakai perkhidmatan shipping Taobao Shipping je ke? Ha… Kat sini kami akan beritahu anda kalau beli barang dekat Taobao, bukan Taobao Shipping je ada. Selain daripada Taobao Shipping, kita juga ada Peghantaran Komersial (Commercial Shipping). Tetapi ia bergantung pada tujuan anda membeli barang tu untuk kegunaan peribadi atau komersial.

Apa sebenarnya Penghantaran Taobao (Taobao Shipping) dengan Penghantaran Komersial (Commercial Shipping) ni?

Kebanyakan syarikat Taobao Shipping ni mudah dicari bila kita Google tapi syarikat penghantaran komersial ni China-Malaysia tak banyak sangat.

Sebilangan besar gudang syarikat penghantaran Taobao ni terletak di Guangzhou dan gudang syarikat penghantaran komersial ni ada dekat Guangzhou dan Yimu. Jika syarikat shipping tidak menyediakan pilihan gudang di Yiwu, kita boleh anggap target pelanggan mereka adalah pelanggan yang membeli barang untuk kegunaan peribadi atau beli barang dalam kuantiti yang sikit je

Kalau untuk payment service, Taobao Shipping ni lebih banyak buat payment service tapi mereka tak sediakan dokumen (black&white) macam invois pembayaran. Jadi, susah lah kalau peniaga/pegusaha yang jenis memang selalu rekod semua pembayaran dalam akaun sebab takde rekod, bukti atau dokumen duit keluar masuk ni. Penghantaran komersial selalunya akan sediakan invoice atau dokumen yang anda perlukan kalau anda guna sistem mereka.

Apa perbezaan Taobao Shipping dengan Commercial Shipping?

Taobao Shipping Commercial Shipping
  1. Menguruskan barangan bungkusan kecil.
  2. Barang akan dimasukkan ke dalam kontena setelah mereka kumpulkan semua barang bungkusan kecil
  3. Sistem online untuk melakukan semua proses penghantaran barang
  4. Memberi keuntungan kepada pengimport dan pembekal yang ingin import dalam jumlah yang sedikit.
  5. Peruntukkan masa yang lebih lama untuk tunggu semua parcel.
  6. Tidak menguruskan penghantaran barang yang good sensitive. Hanya normal good sahaja.
  1. Menguruskan barang yang besar dan banyak.
  2. Barang akan dimasukkan terus dalam kontena sebaik sahaja barang sampai di gudang.
  3. Harga untuk import barang daripada China lebih murah dan tempoh masa pengangkutan lebih pendek.
  4. Menguruskan sensitive goods dan normal goods.

CIEF Worldwide Sdn Bhd adalah syarikat Commercial Shipping (Penghantaran Komersial). Misi kami adalah untuk membantu syarikat PKS bagi proses perdagangan antarabangsa yang rumit dan membantu mereka menyelesaikan proses import yang rumit dari China ke Malaysia.

Kami menyediakan perkhidmatan seperti:

  • Perkhidmatan penghantaran dari pintu ke pintu
  • Memberikan konsultan professional
  • Memberikan dokumen proses percukaian (tax file)
  • Pengiriman wang ke pembekal China
  • Pelepasan kastam
  • Pengurusan rantaian bekalan (Supply Chain)

Anda tunggu apa lagi?! Jom sertai kami dengan daftarkan diri anda di sini – Daftar Akaun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *