Orang yang belum biasa import barang ni mesti akan hadapi masalah nak uruskan dokumen import dan eksport ni. Persoalan yang selalu ditanya kepada khidmat pelanggan kami ialah “HS code tu apa?”
Jadi, hari ini saya akan terangkan apa itu HS code yang tak semua orang tahu ni.
Apa itu HS Code?
Ini adalah sistem pengkelasan dan pengkod-an komoditi untuk uruskan statistik kastam import dan eksport, dan dianggap sebagai sistem penggunaan umum untuk semua pihak yang berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. Maksudnya, HS Code adalah standard yang digunakan untuk menyatukan klasifikasi komoditi dari berbagai negara, untuk mengklasifikasikan komoditi, dan untuk menentukan tarif yang sesuai dan langkah-langkah pengurusan lain. HS Code menggunakan kod 6 digit antarabangsa yang standard, sementara kod yang melebihi 6 digit disesuaikan oleh setiap negara bersesuaian dengan komoditi tertentu.
HS Code of Malaysia biasanya 9 atau 10 digit:
Kod komoditi 4 digit pertama adalah ” Header ” iaitu kategori komoditi. Kod ini disatukan secara global dan boleh diperoleh secara online.
Digit ke-5 dan ke-6 adalah ” Sub “iaitu komoditi yang lebih terperinci. Contohnya, pengelasan bahan, tujuan penggunaan, dll.
Angka 7 hingga 10 adalah ” Item “, kod yang melebihi 6 digit disesuaikan oleh setiap negara untuk sesuai dengan komoditi tertentu.
Keperluan dan kepentingan HS Code
Undang-undang Malaysia yang terkini, pengimport perlu melakukan pengelasan komoditi dengan cara yang betul. Setiap barang yang diimport dari Malaysia mesti mempunyai HS Code yang sesuai dan diisi dengan betul ke dalam semua dokumen yang diperlukan. Sekiranya pengimport salah isi klasifikasi HS Code akan berlaku masalah dari segi tarif dan cukai komoditi. Ini akan menyebabkan berlakunya pembayaran tarif atau cukai terhadap pengimport mengenai kesalahan klasifikasi komoditi yang telah dibuat, juga menyebabkan sejumlah besar denda atau penindasan komoditi .
Anda mesti tertanya macam mana nak periksa HS Code untuk setiap komoidit. Akan ada tutorial terperinci dalam artikel kami yang seterusnya, kami akan tunjukkan cara untuk periksa HS Code komoditi anda, dengan hanya klik di sini Bagaimana cara memeriksa Kod HS?
Setelah membaca artikel ini, adakah anda dah faham tentang HS Code? Selain kod ini, dokumen import lain yang diperlukan termasuk Borang E, Borang K1, permit import dan lain-lain adalah sukar untuk disiapkan. Namun, dengan menggunakan perkhidmatan CIEF, kami akan membantu anda menyelesaikan masalah anda hadapi semasa mengimport, dan berikan anda cadangan import yang paling berkesan, sehingga anda dapat merasakan pengalaman import yang lancar 😊👍
Sertailah kami sekarang dengan mengklik pautan ini Daftar akaun
consolidation service : Air Freight, Small Parcel Sea freight, Large Parcel Sea Freight CIEF LITE
Sea shipping service: Full Container Load (FCL), Less than Container Load (LCL) CIEF