Masalah yang sering berlaku jika guna “International Express”

Seperti yang kita tahu, macam-macam masalah yang kita akan jumpa semasa nak import barang dari luar kalau beli barang dekat online platform ni. Sesetengah China merchant akan gunakan perkhidmatan air shipping daripada international express sebab nak mempercepatkan proses dan barang lebih cepat sampai. Tetapi, masalah yang sering akan muncul jika kita nak import barang yang kuantiti banyak dan besar (bulk) dan pihak kastam akan check semua mengenai cukai import,  pengesahan sirim dan ada juga biro cukai yang minta untuk tunjukkan rekod pembayaran US Dollar. Kalau takde semua yang diperlukan pihak kastam, ofcourse lah barang kita yang harapkan untuk sampai cepat jadi lambat kan lepastu tahu-tahu pulak kita kena bayar macam-macam? siapa je suka… So, ada ke penyelesaian mengenai masalah ni?

Contoh senario yang sering berlaku kalau guna international express: 

Senario 1 :

Bayar extra cukai import

Supplier hantar barang pada saya dengan gunakan international air express. Kemudian, saya dapat panggilan dari pihak kastam berkenaan barang saya kerana perlu bayar extra cukai import RMxxx, tapi saya dah quoted harga dengan customer saya dimana harga tidak termasuk cukai import. Jadi disebabkan itu, bisnes saya alami kerugian!

Senario 2 :

Perlu tunjukkan pengesahan SIRIM

Saya diberitahu untuk tunjukkan pengesahan SIRIM. Saya pilih international air express untuk dapatkan barangan dengan lebih cepat, dah jadi masalah pada saya sebab tiada pengesahan SIRIM.

Pengesahan SIRIM ialah permit senarai barangan elektrik produk Malaysia, kalau takde permit tu bermaksud produk elektrik tu tidak ada dalam list SIRIM.

Senario 3 : 

Bertanya tentang rekod pembayaran US Dollar

Proses import barang jika guna international air express selalunya berjalan lancar dan selamat. Tetapi, pada beberapa tahun ada biro cukai datang pada saya dan bertanya tentang rekod pembayaran US Dollar padahal saya dah lama import barang dari luar negara dan tiba-tiba je mereka tanya tentang rekod pembayaran US Dollar.

Untuk elakkan anda berdepan dengan masalah macam ni, kita perlu bijak pilih syarikat commercial air freight yang professional. Syarikat kami CIEF adalah syarikat yang menawarkan air freight shipping yang boleh menyelesaikan masalah seperti senario di atas. Dengan menggunakan perkhidmatan syarikat kami, anda boleh pilih untuk gunakan air freight termasuk cukai mengikut jumlah dan kuantiti barang anda.

Kalau anda tak pasti sama ada barang anda tu perlukan air freight atau tidak, anda boleh hubungi khimat pelanggan kami. Khidmat pelanggan kami akan sentiasa bersedia dan cuba untuk selesaikan masalah anda ketika proses import barang dari China ke Malaysia.

FOLLOW Facebook Page kami untuk lebih banyak perkongsian : FB Page

Untuk Join kami, anda boleh klik [Daftar Akaun]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *