Perkongsian Kes – Adakah kontena 20ft berbaloi untuk digunakan?

Perkongsian kali ini berkenaan masalah yang sering berlaku dan soalan yang sering ditanya customer kepada staff khidmat pelanggan kami. Segala maklumat ini berkait dengan mesej daripada customer kami dan jangan risau…kami takkan dedahkan detail produk yang anda order ye 😊

Encik A order 20 CBM kain cotton daripada Cina

 

Senario

Encik A ada order 20 CBM kain cotton daripada Cina. Selepas tu, dia mula fikir kaedah import yang mana lebih jimatkan kos perniaagaan (cost-effective) kerana dia selalu hanya letak 5 hingga 10 CBM sahaja tapi kali ni pertama kali dia letak barang dengan jumlah yang sangat besar, dalam 20 CBM. Pada masa ni, Encik A mula teringat ada kawan dia beri tahu tentang penggunaan import FCL Full-Load Container kerana kawannya pernah gunakan keadah import FCL. Jadi, Enci A ni mula terfikir untuk guna FCL nak import kain cotton dari cina sebanyak 20 CBM tu.

Dan, dia pun mula kira kos. Semasa proses dia kira kos, Encik A dapat tahu tentang syarikat kami yang menawarkan FCL dan di maklum pada kami bahawa dia ingin import kontena 20ft. Semasa Encik A hubungi kami, kami tanya padanya beberapa soalan yang berkaitan dan dia menjawab pertanyaan kami.

 

Soalan : Boleh kami tahu mengapa Encik A mahu import kontena 20ft? Adakah sebab barang tu overweight? Supplier bagi syarat wajib kepada pembekal sebab mereka nak rebat cukai? atau sebab Encik A nak jimatkan kos?

 

Jawapan Encik A: Saya nak guna FCL sebab saya nak jimatkan kos.

Saya nak guna FCL sebab saya nak jimatkan kos

Staff kami pun mula terangkan beberapa maklumat yang penting kepada Encik A. Kami maklum pada Encik A ialah import 20ft kontena akan lebih meningkatkan kos sebenarnya. Kenapa kos lebih tinggi? kerana syarikat commercial shipping seperti kami seperti akan memberikan dan menawarkan anda untuk membuka kontena seluas 40ft, jadi kami akan mengumpulkan semua consignment dari pelanggan kami di dalam kontena dan menggunakan treler untuk masukkan semuanya sekaligus. Akhir sekali, kami akan hantar semua barang untuk pelepasan kastam. Itulah sebabnya kosnya akan lebih murah seperti biasa. Sekiranya anda open kontena 2ft, itu hanya separuh daripada jumlah kontena 40ft yang hanya menjimatkan sehingga RM1000 dari kos. Dari ini, kos untuk satu kargo bulk CBM akan jauh lebih tinggi.

Oleh itu, staff kami akan suggest Encik A untuk membuka kontena 40ft dan bukannya kontena 20ft jika Encik A nak jimatkan kos. Tujuan dan sebab kami buat bulk shipping ni sebenarnya untuk memaksimumkan keuntungan dari menjimatkan kos dari segi pengurusan supply chain. Kesimpulannya, pengiriman yang kurang daripada 30 CBM, lebih baik guna bulk shipping kerana lebih menjimatkan kos.

Setelah penjelasan dibuat terhadap Encik A, dia mengambil keputusan untuk ikut apa yang diberitahu staff kami. Tidak lama kemudian, dia pulang ke rumah dan membuat rancangan perolehan baru. Menurut Encik A, dia berjaya menjimatkan sehingga 20% kos penghantaran pada tahun 2019 berbanding tahun 2018.

 

Macam mana nak selesaikan masalah berkaitan import ini? Jangan risau…kami boleh bantu anda! Beri tahu kami masalah anda, kami akan memberikan maklumat import profesional dari sudut pemasaran anda 👍😊

🚨🚨 Sekiranya anda memerlukan bantuan mengenai Air Freight, Sea shipping atau consolidation service, sila klik pautan ini , sertai kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *