Pernah tak anda beli barang yang besar macam perabot kerusi, meja, almari, barang elektrik, alat musik dan lain-lain. Lepastu anda hadapi masalah masa import. Masalah yang selalu berlaku kalau import barrang-barang besar macam ni selalunya :
- Barang tu bila sampai dapat dalam keadaan baik tak rosak
- Pengangkutan tak dapat nak masukkan barang anda sebab besar
- Kos pengangkutan import tu mahal ke murah
Jadi macam mana kita nak ambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk pastikan barang tersebut selamat dihantar ke destinasi untuk unload? Di sini saya akan terangkan pada anda langkah yang harus anda tahu dan sangat penting tentang import barang besar ni.
First: Pembungkusan ada protection
Salah satu risiko utama masa import barang besar ni ialah berat barang tu dan kuantiti jumlah barang yang besar dan mudah sangat untuk jatuh/rosak. Anda kena tahu beberapa tips pasal packaging barang ni.
-
Peti pengiriman kastam dan forklift
Kalau barang anda tu jenis mudah pecah/rosak (fragile), anda boleh minta supplier cina anda tu untuk masukkan barang anda tu kaat dalam kotak kayu dulu untuk pastikan barang andaa tu tak mudah rosak masa proses pengangkutan. Kotak kayu ni terbahagi ada 2 jenis iaitu tertutup (sealed) dan terbuka, bergantung pada keadaan, harga dan kos sebab semua tu ada beza.
-
Pallet
Kalau size kontena anda terlalu besar, anda kena biarkan supplier letak kontena tu atas pallet untuk mudahkan forklift tu nak handle barang anda.
-
Jangan letak barang melebihi forklift
Kalau barang anda dah letak di atas pallet, kena pastikan juga barang anda tu diletakkan tidak melebihi pallet. Itu akan menyebabkab barang rosak.
-
Ikat tray dan bungkus dengan plastik
Pastikan barang anda tu dah diikat dengan betul-betul kuat dan bungkus barang tu dengan rapi. saya recommend untuk anda bungkus dengan palstik hitam untuk barang yang mahal (valuable good)
-
Barang yang bentuk Cylindrical
Kalau barang anda tu berbentuk cylindrical, berat, besar barang tu perlu dimuatkan atas pallet macam gambar di bawah.
-
Barang rata pallet
Kadang-kadang volume dan saiz bentuk barang tu akan bergerak and boleh je berlaku pergerakkan yang tak konsisten. Jadi, barang anda tu kena letak dengan teratur tak bertindan-tindan.
.
.
Kedua : Persediaan untuk onload barang
Satu perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mengimport barang besar adalah macam mana nak pindahkan barang besar ke gudang anda? Berbanding dengan barang kecil, barang besar ni kena sentiasa peka dan bagi perhatian lebih sikit. Kalau nak unload barang besar ni perlukan penggunaan load dan unload yang berskala besar profesional seperti kren, forklift, dll untuk pastikan barang besar tidak rosak.
-
Pastikan permukaan lantai mesti rata
Pastikan kawasan untuk unload barang itu mempunyai permukaan yang rata dan jangan sekali-kali unload barang di lereng! Terutama tidak boleh menyimpang dari kiri ke kanan! Pastikan orang yang bawa truck tu letak trak di tempat yang rata sebelum unload barang. Sekiranya barang unload di tempat yang tidak rata, forklift tak stable susah untuk angkat alihkan batang dan akan menyebabkan barang akan mudah terjatuh.
-
Letakkan barang di palet dan bawa forklift anda
Sekiranya barang anda terlalu berat atau besar, pengangkut tak dapat tolong anda untuk bawa ke gudang. Oleh itu, lebih baik biar supplier letakkan barang di palet terlebih dahulu untuk pengendalian forklift yang mudah. Jika tidak, beberapa syarikat logistik tidak akan terima barang tersebut, dan kemudian akan menghadapi masalah untuk mengikat palet lagi.
Secara amnya, jika perlukan palet, pembekal akan mengenakan bayaran tambahan. Berikut adalah standard bayaran yang dikenakan:
Palet : RMB 50 – RMB 100 (bergantung keadaan palet (baru atau lama), palet lama kadangkala boleh pecah)
-
Bawa forklift dan tenaga kerja
Untuk kargo besar, pemandu tidak dapat unload kargo secara manual, jadi perlu membawa forklift atau lebih banyak pekerja untuk unload kargo. Sekiranya anda memerlukan keperluan khas, anda kena hubungi syarikat pengangkutan terlebih dahulu untuk elek masalah berlaku.
.Ketiga : Adakah lebih jimat masukkan dalam FCL?
ada tiga sepesifikasi untuk tiga saiz kontena iaitu :
- 20GP container — 29 cubic meters
- 40GP container — 58 cubic meters
- 40HQ container — 68 cubic meters
Kesimpulannya, banyak pengimport ingin mengimport barang FCL kerana mereka fikir ia akan lebih berbaloi dan menjimatkan kos. Sebenarnya tak pun, kerana import keseluruhan kontena average harga cubic selalunya lebih tinggi daripada import barang besar (bulk)
Contohnya: jika bekas 20GP yang diimport adalah RM15000, harga purata satu meter padu ialah RM750 / CBM. Walau bagaimanapun, jika kargo besar yang diimport hanya sekitar RM390 / CBM secara purata, ia lebih menjimatkan kos!
Untuk maklumat logistik lebih lanjut, sila layari website kami laman web rasmi CIEF dan ikuti kami .😊👍
Sebelum itu, jika anda belum mendaftarkan akaun. Sila klik – Daftar Akaun. Anda boleh menggunakan perkhidmatan kami secara langsung pada masa akan datang.