Sejak pandemik Covid-19 berlaku secara global, membeli-belah dalam talian telah menjadi satu kegiatan yang disambut dengan hangat dan popular, dan juga menyebabkan ramai orang menjadi peniaga e-dagang untuk mencari rezeki.
Ada sesetengah e-pedagang menggunakan cara tradisional dalam perniagaan mereka, ada yang fokus kepada penjualan bahan makanan, pembekalan peralatan haiwan kesayangan, dan sebagainya.
Setiap e-pedagang mempunyai cara sendiri untuk menjalankan perniagaan, dan ini berdasarkan kategori produk atau perkhidmatan yang dijualkannya. Salah satu cara ialah dropshipping yang merupakan satu saluran menjalankan perniagaan tanpa mengumpulkan komoditi di sisi pedagang.
Dropshipping
Satu cara perniagaan yang hanya perlu e-pedagang menyampaikan order dan maklumat logistik pembeli kepada komoditi pembekal, lepas tu pembekal akan mengirim barang-barang yang dikehendaki ke alamat pembeli secara langsung tanpa melalui e-pedagang lagi.
Dengan cara ini, e-pedagang dropshipping tidak perlu menyimpan/mengumpulkan sejumlah komoditas di sebelah mereka. Untung mereka biasanya berasal daripada kos perbezaan antara harga pembekalan (daripada pembekal) dan harga pembelian (yang diberi kepada pembeli).
Banyak pengguna Shopee dan Lazada sebenarnya adalah e-dagang dropshipping, tapi bagi pemula, dropshipping mungkin satu kursus baharu yang tidak tahu bagaimana mau mulakan perniagaan ni. Maka, beberapa langkah akan disenaraikan di bawah sebagai satu rujukan:
Langkah untuk memulakan dropshipping
-
Pemilihan komoditi
Semasa memilih komoditi atau service yang ingin dijualkan sebelum membuka perniagaan, menentukan skop komoditi tu. Sebab pembeli berkemungkinan besar akan mengesyaki professional anda jika anda memilih komoditi yang besar bezanya dalam kategori. Jika menjual pakaian jadi fokus pada fashion saja, jika menambah alat elektronik seperti radio, pembeli mungkin tidak pasti professional kedai anda.
Beberapa faktor pemilihan komoditi telah dikongsikan seperti:
(a) Komoditi yang membawa untung tinggi
Unsur teras membuat dropshipping ialah mendapat aliran dan pelanggan, maka komoditi yang beruntung tinggi boleh meningkatkan pendapatan anda.
(b) Impulsif pembelian komoditi
Data pernah menunjukkan bahawa kebanyakan pembeli dalam talian selalu membeli secara impulsif. Maka, jika anda memilih barangan yang dapat memenuhi kehendaki pembeli, komoditi itu boleh menjadi hot item atau anda boleh menjalankan promotion dalam hari perayaan.
(c) Komoditi yang rendah kos pengangkutan
Walaupun e-pedagang dropshipping tidak perlu mempertimbangkan masalah logistik komoditi, tapi sebenarnya pembekal akan menambahkan sebahagian atau semua kos pengangkutan ke dalam bil order pembeli. Maka, anda boleh memilih komoditi yang rendah kos pengangkutan dan memberi servis FOC delivery kepada pembeli sebagai satu tarikan kedai anda.
(d) Komoditi yang tinggi pencarian
Seperti yang dikatakan atas, unsur teras dropshipping ialah aliran dan pelanggan. Maka komoditi yang berjumlah tinggi pencariannya akan membawa aliran yang banyak kepada kedai anda. Jika barangan yang anda memilih mempunyai untung yang tinggi tapi tiada orang memerlukannya, pendapatan anda tidak betapa tinggi juga.
(e) Komoditi yang kurang didapatkan dalam pasaran
Jika anda memenuhi semua faktor di atas dalam pemilihan barangan tapi barangan tu adalah sangat umum dijumpai merata-rata. Maka pembeli dalam talian akan dikurangkan, ataupun mereka membeli dalam kedai yang sudah mereka familiar. Memilih komoditi yang bukan dijumpai di mana-mana boleh membantu anda menjualnya dengan lebih mudah.
(f) Membina brand sendiri
Pembinaan brand sendiri boleh meningkatkan pengiktirafan pembeli kepada kedai anda, meningkatkan nilai produk, dan seterusnya meningkatkan untung anda.
-
Analisis pada pesaing
Pesaing peniaga e-dagang dropshipping bukan sahaja perusahaan-perusahaan target pasaran komoditi, dan juga peniaga e-dagang yang menjual komoditi yang sama dengan anda dalam platform dan website lain. Hanya selepas menganalisis kekuatan dan kelemahan pesaing, barulah anda dapat menentukan setting dan tarikan kedai anda.
-
Mendapatkan satu pembekal yang baik
Pembekal adalah sumber komoditi e-pedagang dropshipping, maka anda bukan sahaja perlu mempertimbangkan kualiti komoditi mereka, dan juga kebolehan mereka dalam komunikasi dengan pembeli, customer service, ketepatan masa delivery, dan unsur-unsur lain. Ini disebabkan setiap transaksi adalah bergantung sebahagiannya kepada pembekal komoditi anda.
-
Membuka laman web e-dagang atau kedai yang boleh merentasi sempadan
Anda boleh membuka laman web e-dagang sendiri ataupun mencipa page dalam platform pihak ketiga seperti Shopee, Lazada, Carousell, dan lain-lain.
-
Membuat pelan pemasaran
Selepas menyelesaikan pemilihan barangan, pembekal komoditi, dan platform e-dagang, anda perlu membuat satu atau beberapa pelan pemasaran untuk menarik aliran pembeli ke kedai, dan akhirnya menjadi pelanggan anda.
-
Analisis & penambahbaikan
Selepas semua langkah di atas telah diselesaikan, e-pedagang perlu menjalankan analisis dan penambahbaikan data operasi kedai anda. Ini merupakan seksyen terakhir bagi pembukaan satu perniagaan. Peniaga harus mengutip dan menganalisis data operasi harian anda untuk mengetahui segmen yang bermasalah, dan seterusnya membuat rancangan demi menambahbaik perusahaan, dan meningkatkan keuntungan anda secara jangka panjang.
Akhir kata
Adakah anda lebih jelas terhadap langkah-langkah membuat dropshipping sekarang? ✨
Walaupun semua langkah ni macam simple jak, tapi kita perlu mempertimbangkan baik-baik sebelum melakukan tindakan yang seterusnya yaa~
Kalau anda ingin mencari satu syarikat yang menawarkan airfreight, sea freight, Exchange System dan servis-servis lain, sertai kami sekarang dengan click sini jak! ☺️